Jabatan Perdagangan telah menganjurkan lagi pertandingan iaitu pertandingan badminton diantara kelab-kelab yang terdapat di bawah Jabatan Perdagangan. Diantara kelab-kelab yang terlibat adalah Kelab Akauntasi, Kelab Pengajian Perniagaan, Kelab Kewangan & Perbankan, Kelab Pengurusan Peruncitan dan Kelab Kewangan & Perbankan Islam.
Kelab Kewangan & Perbankan Islam (DIB) Telah Menghantar 3 orang siswa bagi menyertai pertandingan ini. Kategori yang disertai adalah secara perseorangan dan berkumpulan atau bergu. Siswa yang terlibat adalah:
Perseorangan
- Muhammad Faiz B. ABD Halim
- Muhammad Akram B. Mustapha Kamal
Berkumpulan/Bergu
- Muhammad Haris B MD Zukhi & Muhammad Akram B. Mustapha Kamal
Pasukan siswa berkumpulan/bergu tidak layak masuk ke peringkat seterusnya kerana telah dikalahkan oleh pasukan daripada Kelab Akautasi di perlawanan rubber set dengan mata 25 berbalas 24, amat sengit sekali. Manakala pemain berseorangan telah melayakkan diri keperingkat akhir dan menggondoli tempat ke-4. Tahniah diucapkan kepada semua pemain yang telah mendapat johan, naib johan dan tempat ke-3. Kepada yang tidak berjaya jangan patah semangat dan cuba di lain hari. Jadikan pertandingan ini sebagai salah satu pengalaman dan terus berusaha untuk mengecapi tempat di pertandingan yang akan datang kelak. InsyaALLAH, mudah-mudahan..AMIN....
PEMAIN PERSEORANGAN
PEMAIN BERKUMPULAN/BERGU
GELAGAT PARA PEMAIN KELAB KEWANGAN & PERBANKAN ISLAM
“Future inspiration”





No comments:
Post a Comment