Sunday, January 16, 2011

PERTANDINGAN BADMINTON JABATAN PERDAGANGAN

Jabatan Perdagangan telah menganjurkan lagi pertandingan iaitu pertandingan badminton diantara kelab-kelab yang terdapat di bawah Jabatan Perdagangan. Diantara kelab-kelab yang terlibat adalah Kelab Akauntasi, Kelab Pengajian Perniagaan, Kelab Kewangan & Perbankan, Kelab Pengurusan Peruncitan dan Kelab Kewangan & Perbankan Islam.

Kelab Kewangan & Perbankan Islam (DIB) Telah Menghantar 3 orang siswa bagi menyertai pertandingan ini. Kategori yang disertai adalah secara perseorangan dan berkumpulan atau bergu. Siswa yang terlibat adalah:

Perseorangan
  1. Muhammad Faiz B. ABD Halim
  2. Muhammad Akram B. Mustapha Kamal



Berkumpulan/Bergu

  1. Muhammad Haris B MD Zukhi & Muhammad Akram B. Mustapha Kamal


Pasukan siswa berkumpulan/bergu tidak layak masuk ke peringkat seterusnya kerana telah dikalahkan oleh pasukan daripada Kelab Akautasi di perlawanan rubber set dengan mata 25 berbalas 24, amat sengit sekali. Manakala pemain berseorangan telah melayakkan diri keperingkat akhir dan menggondoli tempat ke-4. Tahniah diucapkan kepada semua pemain yang telah mendapat johan, naib johan dan tempat ke-3. Kepada yang tidak berjaya jangan patah semangat dan cuba di lain hari. Jadikan pertandingan ini sebagai salah satu pengalaman dan terus berusaha untuk mengecapi tempat di pertandingan yang akan datang kelak. InsyaALLAH, mudah-mudahan..AMIN....





PEMAIN PERSEORANGAN



PEMAIN BERKUMPULAN/BERGU



GELAGAT PARA PEMAIN KELAB KEWANGAN & PERBANKAN ISLAM




“Future inspiration”











Saturday, January 15, 2011

ANUGERAH KETUA JABATAN (AKJ)

Anugerah Ketua Jabatan ( AKJ ) ini telah diadakan setiap semester bagi melihat perkembangan para pelajar dari satu semester ke semester yang lain. Di samping itu AKJ ini diadakan adalah  bagi menaikkan semangat para pelajar untuk belajar seterusnya mendapat anugerah ini.

Baru-baru ini, anugerah ini telah diadakan pada 11/01/2011 bersamaan dengan hari selasa. Para pelajar daripada bidang Diploma Kewangan dan Perbankan Islam (DIB) telah menerima anugerah ini. Seramai 9 orang pelajar daripada DIB3 (Semester 3) seorang siswa dan 8 orang siswi manakala seramai 13 orang pelajar daripada DIB2 (Semester 2) iaitu 2 orang siswa dan 11 orang siswi telah mendapat 3.5 ke atas pada sesi Julai 2010.
TAHNIAH diucapkan kepada semua penerima AKJ dan akan terus berusaha pada semester akan datang. Kepada yang tidak berjaya memperoleh anugerah ini jangan bersedih dan anda seharusnya mencuba dan terus mencuba hingga ke menara gading. Peribahasa ada menyatakan "Yang Bulat Tidak Datang Bergolek, Yang Pipih Tidak Datang Melayang", marilah kita sama-sama berusaha untuk mengecapi kejayaan hingga berjaya. InsyaALLAH mudah-mudahan....


Senarai Siswa & Siswi Semester Julai 2010:

DIB2
  1. Mohd Hafiz B Mod Zahari
  2. Nur Ayuni Bt Zakaria
  3. Suzana Bt Zakaria
  4. Nazlilah Mursifah Bt Ghazali
  5. Noor Shuhana Bt Ismail
  6. Nor Aziah Bt Abdul Aziz
  7. Nurul Huda Bt Abdul Halim
  8. Norliah Bt Ar Azemi
  9. Mardhiah Bt MOhd Khairi
DIB 1 

  1. Norhidayu Bt Radzuan
  2. Nurhidayah Bt Zainuddin
  3. Siti Badariah Bt Khalid
  4. Liew Yee Ling
  5. Mohamad Izuan B Mat Zaly
  6. Mohd Rashidin B Hassan
  7. Mala Hayati Bt Sulaiman
  8. Nurul Nabila Bt Said
  9. Nurul Aini Bt Saupi
  10. Rafhidah Bt Rusman
  11. Rosyida Bt Termizi
  12. Norasihkin Bt Shaharuddin
  13. Nurul Bahirah Bt Ariffin




PELAJAR KURSUS DIPLOMA KEWANGAN & PERBANKAN ISLAM 
(DIB 2) SESI JULAI 2010


PELAJAR KURSUS DIPLOMA KEWANGAN & PERBANKAN ISLAM 
(DIB 1) SESI JULAI 2010


 KESEMUA PENERIMA AKJ
KURSUS DIPLOMA KEWANGAN & PERBANKAN ISLAM
SESI JULAI 2010




“Future inspiration”







Thursday, January 13, 2011

PERTANDINGAN FUTSAL JABATAN PERDAGANGAN

Pertandingan ini telah diadakan pada hari sabtu, 8/1/2011. Para peserta telah berkumpul di court futsal kampus A pada pukul 8.00 pg. Pertandingan ini telah dianjurkan oleh Kelab Jabatan Perdagangan. Kelab Kewangan & Perbankan Islam (DIB) telah menghantar 3 pasukan iaitu 2 pasukan Siswa daripada DIB 1 & DIB 3 serta 1 pasukan Siswi daripada DIB 3. Mereka telah bermain dengan bersungguh-sungguh tetapi nasib tidak menyebelahi pasukan Siswa DIB 1 dan pasukan Siswi DIB 3 kerana tidak layak untuk berjuang di peringkat seterusnya. Manakala pasukan Siswa DIB 3 telah layak untuk pergi ke peringkat suku akhir pada hari ahad, 9/1/2011. Perlawanan begitu sengit sekali tetapi Malangnya tuah tidak menyebelahi pasukan lelaki dib3 kerana mereka telah ditewaskan dengan pasukan wild child 1 – o dan tidak layak ke peringkat seterusnya.


Pemain Yang Terlibat:

Pasukan Siswa DIB3 & 2
  1. Muhammad Haris B. Ghazali
  2. Muhammad Haris B. Md Zukhi
  3. Muhammad Faiz B. Abd Halim
  4. Mohd Syafirul Akhmar B. M. Naser
  5. Muhammad Akram B. Mustapha Kamal
  6. Mohd Eqmal Haiqal B. Mah Hazir
  7. Mohamad Izuan B. Mat Zaly

Pasukan Siswa DIB1


  1. Mohammad Zharif B. Mohd Zawawi
  2. Muhammad Shuib B. Anuar
  3. Mohamad Ridzuan B. Wahab
  4. Muhammad Husaini B. Mohd Sopberi
  5. Mohd Nasrullah B. Ab Rashid
  6. Noor Hizmifirdaus B. Abd Rahman
  7. Muhammad Nashruzzaman B. Hasan

Pasukan Siswi DIB3 & 2

  1. Fauziah Bt. Hashim
  2. Nur Izah Atira Bt. Mohd Sayuti
  3. Noor Shuhana Bt. Ismail
  4. Norliah Bt. Ar Azemi
  5. Ainnur Mizan Bt. Roslan
  6. Rabi'atul Adawiyah Bt. Ibrahim



HARIS MD ZUKHI,EQMAL,AKRAM,HARIS GHAZALI,SYAFIRUL


 HARIS MD ZUKHI,EQMAL,AKRAM,HARIS GHAZALI,IZUAN

Seorang peserta siswa daripada pasukan lelaki DIB 3 telah mengalami kecederaan ringan sewaktu menjalani latihan dan tidak dapat meneruskan perjuangan iaitu 
Muhammad Faiz B Abdul Halim. Tetapi dia tetap hadir untuk memberi sokongan kepada ahli pasukannya. Sebelum hari pertandingan dia telah menjadi pemain terbaik bowling.
Tahniah diucapkan.

“Future inspiration”





Pertandingan Bowling Jabatan Perdagangan

Pertandingan ini telah diadakan pada hari Jumaat, 7/1/2011. Para peserta telah berkumpul pada pukul 8.00 ptg. Pertandingan ini telah dianjurkan oleh Kelab Usahawan Muda bersama Jabatan Perdagangan. Kelab Kewangan & Perbankan Islam (DIB) telah menghantar 3 pasukan daripada DIB3. Antara pemain yang terlibat ialah:

PASUKAN 1
  1. Mohd Syafirul Akhmar B Mat Naser
  2. Muhammad Haris B Ghazali
  3. Muhammad Haris B MD Zukhi
  4. Muhammad Faiz B ABD Halim
    PASUKAN 2
    1. Muhammad Akram B Mustapha Kamal
    2. Muhammad Zulhilmi B Zaini
    3. Mohd Eqmal Haiqal B. Mah Hazir
    4. Muhammad Roslan B. Ahmad Rusli
    PASUKAN 3 
    1. Muhammad Hanif B. Hassan

    Pelajar-pelajar dari DIB3 telah datang untuk memberikan sokongan. Dengan sokongan mereka, 3 pasukan ini telah merangkul tempat pertama,kedua dan ketiga serta berjaya menjadi johan keseluruhan pertandingan. DIB3 juga telah melahirkan seorang pemain terbaik iaitu MUHAMMAD FAIZ B ABD HALIM dan telah terpilih untuk mewakili Jabatan Perdagangan.

     Pemain Terbaik

    Johan

    Naib Johan

     
    Tempat Ketiga

    Pemain-pemain Kelab Kewangan & Perbankan Islam (DIB)

    Para peserta bersama penyokong-penyokong 
    Kelab Kewangan & Perbankan Islam


    “Future inspiration”