Jabatan Pengajian Am telah menjalankan sebuah Program Mahrajan Maulidur Rasul.Program ini telah diadakan pada 21 hingga 22 Februari 2011.Beberapa pertandingan telah dijalankan antaranya adalah hafazan,tulisan khat dan pidato.Kelab Kewangan dan Perbankan Islam telah menghantar 2 orang wakil mewakili Jabatan Perdangan untuk memasuki pertandingan ini iaitu dalam pertandingan pidato lelaki dan tulisan khat.Alhamdulillah kedua-dua peserta telah menjadi johan dalam pertandingan ini.Peserta yang terlibat adalah Mohd Hafiz B Mod Zahari bagi pidato lelaki dan Muhammad Akram B Mustapha Kamal bagi peserta pertandingan tulisan khat.Di bawah dilampirkan gambar-gambar peserta yang terlibat dan hasil tulisan khat.
Muhammad Akram B. Mustapha Kamal & Mohd Hafiz B Mod Zahari
Buat pengetahuan semua, pertandingan saringan telah diadakan terlebih dahulu sebelum para peserta terpilih untuk memasuki peringkat akhir.Kedua-dua peserta yang mewakili Jabatan Perdagangan ini telah melayakkan diri untuk memasuki peringkat akhir seterusnya menjadi johan di dalam kedua-dua pertandingan.
Tulisan Khat Peringkat Saringan
Tulisan Khat Peringkat Akhir