Thursday, August 18, 2011
MAKAN MALAM KELAB DIB
Satu lagi program telah Kelab Kewangan & Perbankan Islam jalankan iaitu Makan Malam Kelab Kewangan & Perbankan Islam. Program ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim diantara para pelajar dan pensyarah. Selain itu dapat dapat mengenali di antara satu sama lain dengan lebih rapat. Majlis ini telah dijalankan di Hotel Heritage yang telah dikelolakan oleh Saudara Mohd Hanif B Hassan sebagai pengarah program.
Pelbagai juadah telah disediakan bersesuaian dengan harga yang telah ditawarkan. Tema majlis makan malam ini adalah "Koprat". Aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti cabutan bertuah dan persembahan pelajar.
Gambar-gambar dibawah adalah gelagat pelajar-pelajar Kelab DIB :-
Ucapan Daripada Penasihat Kelab DIB En Mohd Shazwan B. Dzulkapli &
Pengerusi Kelab DIB Sesi Januari 2010 Saudara Mohd Haris B. Ghazali
Pelajar Sedang Bersiap Sedia Sebelum Majlis Dijalankan
Pelajar Sedang Bersiap Sedia Sebelum Majlis Dijalankan
Hidangan Yang Telah Disediakan
Ketua Jabatan Perdagangan & Penasihat Kelab Beramah Mesra Bersama Pelajar
Pegawai Jemputan Daripada CIMB Bank Bersama Penasihat Kelab, Pengerusi Kelab & Pengarah Program
Majlis Pemberian Hadiah Kepada VIP Jemputan & Ketua Jabatan Perdagangan
“Future inspiration”
“Future inspiration”
Wednesday, August 17, 2011
LAWATAN AMAL KE RUMAH SRI KENANGAN
Kelab Kewangan & Perbankan Islam telah membuat kata sepakat untuk mengadakan Lawatan Amal Ke Rumah Sri Kenangan pada 18 Januari 2011 bersamaan dengan hari selasa. Beberapa pelajar semesta 1,2 dan 3 telah dipilih untuk pergi ke Rumah Sri Kenangan ini.Lawatan ini telah diadakan adalah bertujuan untuk :-
# Menyelami perasaan warga tua yang ditinggalkan anak-anak
# Mengadakan gotong royong bersama warga tua
# Mempelajari cara-cara melayan warga tua
# Melihat besarnya pengorbanan ibu bapa
# Menghiburkan warga tua dengan permainan yang telah diaturkan
Pelbagai gelagat telah ditonjolkan oleh semua pelajar dan warga tua. Ada yang mengecapi detik kegembiraan dan ada yang kecapi detik kesedihan kerana ditinggalkan oleh anak-anak mereka ketika sudah tua tetapi majoritinya mengalami kesedihan kerana sukar untuk terima hakikat yang mereka telah ditinggalkan oleh anak kesayangan mereka.
Gambar-gambar dibawah merupakan detik-detik pelajar Kelab DIB beramah mesra dengan warga tua
Pelajar Sedang Bermain Permainan Dam Gergasi Bersama Warga Sri Kenangan
Pelajar Sedang Bermain Permainan Dam Gergasi Bersama Warga Sri Kenangan
Permainan Sapa Makan Lagi Cepat. Pelajar & Warga Sri Kenangan Kena Habiskan Makanan Secepat Yang Boleh
Permainan Sapa Makan Lagi Cepat. Pelajar & Warga Sri Kenangan Kena Habiskan Makanan Secepat Yang Boleh
Sesi Bergambar Bersama Warga Sri Kenangan
Sesi Bergambar Bersama Warga Sri Kenangan
Sesi Bergambar Bersama Warga Sri Kenangan
Suapan Kasih Pakcik kepada Pelajar
Warga Tua Sedang Bersedia Bermain
Persembahan Pelajar kepada Semua Warga Tua
Tautan Kasih Sayang
Rumah Seri Kenangan Taiping
Penyampaian Hadiah Kepada Semua Pemenang & Warga Sri Kenangan
“Future inspiration”
“Future inspiration”
LAWATAN KE IBFIM
Pada 25 Februari, Ahli Jawatankuasa Tertinggi telah sebulat suara ingin mengadakan lawatan sambil belajar ke Institut Kewangan & Perbankan Islam Malaysia. Semua pelajar semesta 2 & 3 telah mengikuti lawatan ini. Lawatan ini diadakan adalah bertujuan untuk meningkatkan lagi ilmu pengetahuan para pelajar mengenai Perbankan Islam bukan sahaja di Malaysia bahkan di luar negara seperti Iran, Arab dan sebagainya.
Selain itu, lawatan ini juga diadakan kerana ingin menambahkan minat para pelajar untuk lebih tekun mempelajari bidang ini. Oleh itu, para pelajar dapat menerapkan minat untuk belajar bidang ini dengan bersungguh-sungguh lagi.
Gambar-gambar di bawah adalah aktiviti-aktiviti sepanjang lawatan dijalankan :-
Pelajar Sedang Bersedia Untuk Mendengar Taklimat
Pelajar Sedang Bersedia Untuk Mendengar Taklimat
Para Pelajar Sedang Menikmati Hidangan yang Di Sediakan oleh Pihak IBFIM
Melawat Perpustakaan IBFIM
Selain itu, lawatan ini juga diadakan kerana ingin menambahkan minat para pelajar untuk lebih tekun mempelajari bidang ini. Oleh itu, para pelajar dapat menerapkan minat untuk belajar bidang ini dengan bersungguh-sungguh lagi.
Gambar-gambar di bawah adalah aktiviti-aktiviti sepanjang lawatan dijalankan :-
Pelajar Sedang Bersedia Untuk Mendengar Taklimat
Pelajar Sedang Bersedia Untuk Mendengar Taklimat
Para Pelajar Sedang Menikmati Hidangan yang Di Sediakan oleh Pihak IBFIM
Melawat Perpustakaan IBFIM
Rujukan yang Terdapat Di dalam Perpustakaan
En Syazwan B. Dzulkapli Memberikan Cenderamata Kepada Pihak IBFIM Kerana Sudi Memberikan Maklumat Mengenai IBFIM Dengan Lebih Jelas
“Future inspiration”
Tuesday, February 22, 2011
Mahrajan Maulidur Rasul
Jabatan Pengajian Am telah menjalankan sebuah Program Mahrajan Maulidur Rasul.Program ini telah diadakan pada 21 hingga 22 Februari 2011.Beberapa pertandingan telah dijalankan antaranya adalah hafazan,tulisan khat dan pidato.Kelab Kewangan dan Perbankan Islam telah menghantar 2 orang wakil mewakili Jabatan Perdangan untuk memasuki pertandingan ini iaitu dalam pertandingan pidato lelaki dan tulisan khat.Alhamdulillah kedua-dua peserta telah menjadi johan dalam pertandingan ini.Peserta yang terlibat adalah Mohd Hafiz B Mod Zahari bagi pidato lelaki dan Muhammad Akram B Mustapha Kamal bagi peserta pertandingan tulisan khat.Di bawah dilampirkan gambar-gambar peserta yang terlibat dan hasil tulisan khat.
Muhammad Akram B. Mustapha Kamal & Mohd Hafiz B Mod Zahari
Buat pengetahuan semua, pertandingan saringan telah diadakan terlebih dahulu sebelum para peserta terpilih untuk memasuki peringkat akhir.Kedua-dua peserta yang mewakili Jabatan Perdagangan ini telah melayakkan diri untuk memasuki peringkat akhir seterusnya menjadi johan di dalam kedua-dua pertandingan.
Tulisan Khat Peringkat Saringan
Tulisan Khat Peringkat Akhir
“Future inspiration”
Subscribe to:
Comments (Atom)


